RSS

CERITA KICK-OFF

25 APRIL 2010!!!!   satu hari penuh bermakna dinamakan “kick off day” telah diadakan.. haa.. ape benda pulak “kick off day” ni kan.. hihi.. okey baiklah. Untuk sesiapa yang tak tahu tu, meh sini nak habaq mai.. hari “kick off” ni, hari yang mane semua komiti ConvoFair’10 berkumpul, dan kami beramah mesra mengenali satu sama lain.. haha.. dalam kata yang lebih tak formal, pada “kick off day” ni, semua komiti akan berkumpul bersama-sama, dan sedikit aktiviti indoor akan diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara komiti dalam department masing-masing, mengenali komiti dari department lain.. dan untuk kenal siapa “high committee” dalam ConvoFair’10 kali ni..



disebabkan bilangan komiti yang sangat ramai, sampaikan ade sesetengah komiti yang tak tahu pun kewujudan department lain, apalagi kewujudan komiti dalam department tu.. sangat sedih kan.. So, inilah caranya kami nak kenal dengan semua orang yang terlibat dalam ConvoFair’10 ni… supaya, nanti senang untuk kami berkerjasama.. apa yang penting??? KERJA-SAMA!! Yeah!! ^_^




so… apa yang kami buat masa “kick off day” ni.. okay.. “kick off day” actually diuruskan oleh department Human Resources and Management. Hurm.. segala aktiviti outdoor indoor yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komiti, akan diuruskan oleh department ni.. senang cerita, mereka la yang akan membuli komiti ConvoFair’10 yang lain.. mereka akan merancang, cari tempat, cari tarikh, cari duit dan semua la yang berkaitan.. penat pulak nak mention semuanya kat sini kan..



“kick off day” start pukul 2 pm sampai pukul 6 pm, kt lecture hall 1.. lama kan?? Sampai ada yang kelaparan nak tunggu hari “kick off” ni habis, tapi.. sebab seronok sangat bergelak ketawa ramai-ramai kat dalam dewan tu, mereka tetap meneruskan semua aktiviti yang diadakan sampai la semuanya habis.. waahh.. mesti ada komiti HRM yang kembang semangkuk dengar statement ni kan.. hehe..



okay jom sambung cerita.. sebelum pergi “kick off day” tu, kami dah dibagitahu untuk ada theme department masing-masing.. so, ada department yang guna theme warna merah, biru, hitam, hijau.. semua warna la kan..



 

dan ada jugak department yang guna theme “lab coat”, “hat and cap”, “jacket and scarft”. tiga department yang guna theme ni agak creative la kan.. hihi..
 

hurm.. actually, byk aktiviti yang kami buat mase "kick off day" ni.. contohnya, aktivit yang bdiberi nama "cap-kalicap", yang mana semua komiti dalam department masing-masing perlu fokus kalau nk menang.. tapi biasa la kan.. lumrah permainan.. mesti ada yang loser kan.. hahaha!! ops!! sorry kepada yang terasa.. hehe.. aktiviti ni boleh dikatakan yang paling seronok dan kecoh sepanjang "kick off day" kami.. mana tidaknya kan.. semua bersemangat nak jatuhkan department lain.. waahh!! semangat assabiah dalam department sudah mula naik.. well done!! itu la aim utama department HRM sebenarnya.. nak merapatkan bonding antara komiti dalam setiap department.. mission accomplish!!

and then, kami juga diberi case study untuk test sejauh mana tahap IQ kanak-kanak UTP yang join Convofair'10 ni.. ehehe.. yang pasti, memang setinggi KLCC!! kate UTP.. kan?? kan?? kan?? untuk aktiviti ni, setiap department diberi case study untuk pilih 3 department yg perlu dimansuhkan dalam Convofair'10.. ehem!! highlight disini, ini hanya case study semata-mata ya..pada awalnya, semua department sangat competitive untuk menjatuhkan department lain..setiap komiti dalam deprtment masing-masing tak henti-henti memerah otak untuk cari idea bernas supaya dapat fire department lain.. hahaha!! nampak sangat kejam kan? tapi, secara tak langsung, lepas habis aktiviti ni, boleh dikatakan semua komiti Convofair'10 menjadi alert tentang kewujudan department lain dan juga jobscope department tersebut.. so, again.. mission accomplish!!

aih.. rasanya sampai sini saja cerita tentang "kick off day" kami, komiti Convofair'10.. nantikan banyak lagi cerita menarik yang akan kami kongsi bersama semua.. jumpa lagi!!!


0 comments:

Post a Comment


This is not a commercial ad but if you found any glitch or error in this page (ie. overlapping margins), we would like to recommend you the pokeball-like Google Chrome or Mozilla Firefox as your default internet browser. They're awesome.
(can't say which one is the best but for sure IE is just the worst)

Place an order here!

Name:
Email Address:
Item's Code / Item's Name:
Size (casual wears):
Posting Address:
Contact number:
Payment's method:
Free delivery in UTP Charged posting fee outside UTP
This online form was provided by MNM Convofair 10.